Posted by : 51617
Rabu, 03 Juni 2015
Larangan Melihat Aurat Wanita
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan
dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda, “Seorang lelaki tidak
dibolehkan melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak
boleh seorang lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga
dengan wanita”.
Imam Nawawi mengatakan ia merupakan
larangan haram hukumnya apabila di antara keduanya tiada pemisah. Ia
menunjukkan larangan penyentuhan aurat antara bahagian tubuh baik lelaki
mahupun wanita. Hal itu telah menjadi kesepakatan para ulamak. Banyak orang
menganggap ia suatu perkara remeh di mana ramai orang yang mandi dalam satu
bilik mandi. Kerana itu, hendaknya setiap orang menjaga pandangan, tangan dan
anggota tubuh dari aurat orang lain, serta memelihara auratnya jangan sampai
dilihat dan disentuh orang lain. Dan apabila melihat orang yang mengabaikan hal
itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan memperingaatkannya.
Larangan ini juga merangkumi tidur
seorang wanita dengan wanita lain dalam satu tempat tidur tanpa berpakaian
sehingga mengakibatkan aurat kedaunya tersentuh atau terlihat. Ia termasuk
dalam perbuatan haram dan merupakan langkah awal kepada perkara maksiat.
Batasan aurat yang harus ditutupi oleh wanita Islam
bagi wanita Islam lain adalah dari pusat hingga ke lutut. Manakala dengan
wanita bukan Islam pula sama seperti aurat wanita dengan lelaki yang bukan
mahram.
Tetapi banyak wanita yang menganggap
perkara ini remeh atau tidak mengambil tahu langsung. Banyak terjadi seorang
wanita Islam dengan tidak malu membuka auratnya dihadapan teman baiknya kerana
menganggap mereka bersamaan jantina. Bukan mustahil juga ada dikalangan mereka
yang membantu rakannya mencukur bulu kakinya bahkan bulu kemaluannya. Semua itu
merupakan perbuatan yang jelas dilarang syariat. Wanita mengangkat derajat
wanita di tempat yang tinggi. Bukan sekadar di hadapan lelaki bahkan di
kalangan kaum sejenis mereka juga mempunyai adab-adab yang perlu diikuti.
Sumber: http://www.islamituindah.my/Larangan Melihat
Aurat Wanita _ Islam Itu Indah.htm